• About
  • Contact
  • Sitemap
  • Privacy Policy

Keistimewaan beserta Amalan di Bulan Jumadil Awal

 on Senin, 09 Mei 2016  

Jamadil Awal (جمادي الأول)
Jumadilawal atau Jamadil Awal adalah bulan ke-5 di dalam kalendar dan Takwim Hijrah. Ada lima bulan yang namanya ditetapkan mengikut keadaan musim yang berlaku di bulan tersebut iaitu Rabi’ul Awal, Rabi’ul Akhir, Jamadil Awal, Jamadil Akhir dan Ramadhan. Jamadil Awal merupakan bulan pertama dan permulaan musim sejuk, di mana bulan ini menandakan ketibaan musim dingin yang akan berakhir pada Jamadilakhir.

Keistimewaan beserta Amalan di Bulan Jumadil Awal


Pengertian
Jamadil Awal (Jamada al-Awwal) membawa pengertian bulan pertama musim sejuk dan permulaan musim dingin. Dari segi bahasa, ‘Jumad’ bermaksud kering atau beku dan ‘Awal’ bererti pertama.
Penamaan Jamadil Awal kerana dalam bulan tersebut orang Arab pada zaman dahulu bertembung hari-hari musim sejuk yang begitu dingin dan terjadi kekeringan air atau bekunya air. Pada ketika itu semua parit, telaga, sungai dan lembah lebih menyejuk, menjadi kering (mengeras)dan beku.


Sejarah Penamaan Bulan Dan Takwim Hijrah

Bulan pada tahun Hijrah bermula dengan Muharam dan tahun Masihi bermula dengan Mac pada asalnya. Nama Muharam diberikan orang Arab terdahulu kerana di dalamnya dilarang peperangan selepas pelaksanaan haji pada Zulhijjah. Sedangkan Mac adalah nama tuhan perang orang Rom.
Jika diperhatikan sejarah penamaan bulan dalam tradisi Masihi dan Hijrah dan tahun lain kita dapati semuanya menggunakan bulan sebagai asal pengiraan masa. Pada mulanya bulan pada tahun Masihi hanya 10 bermula dari Mac hingga Disember yang bermakna hanya 10 bulan sahaja. Mereka menambah Januari dan Februari ke dalam ‘Ystemr’ kerana pada dua bulan itu tidak ada kegiatan kehidupan bermakna dan bulan berkenaan adalah musim sejuk.
Pada waktu itu bulan Januari dan Februari adalah musim dingin (jumad atau “beku”), maka orang Arab menamakannya sebagai  Jumadil-Awwal dan Jumadil-Akhir.
Bulan pada Hijrah dari awal berjumlah 12 seperti diajarkan Nabi Syits dengan ketetapan Allah SWT. Ketika orang Arab terdahulu hendak menamakan bulan, mereka sepakat awal tahun dimulakan selepas selesainya pelaksanaan haji pada Zulhijjah supaya mudah diingati kerana ibadah itu adalah penyatuan bangsa Arab yang mengikuti ajaran Nabi Ibrahim AS.
Pada kalendar Kaum Tsamud sebagaimana yang diriwayatkan oleh Al-Azdi, Rabi’ul Awal dinamakan  sebagai ‘Murid’. Dalam kalendar sebelum kedatangan Islam, daripada riwayat  Al-Bairuni, Rabi’ul Awal dikenali sebagai ‘Khawwan’ dan daripada riwayat Al-Mas’udi pula ia dikenali dengan nama ‘Thaliq’.

Amalan Bulan Jumadil Awwal

·        Sholat Sunnah
Pada bulan Jumadil Awwal disunnahkan melakukan ibadah sholat sunnah dengan metode dan jumlah rokaat  sebagai berikut:
Malam Pertama.
Dua rokaat setelah membaca surat Al-Fatihah, pada rokaat pertama membaca surat Al-Jumu’ah dan rokaat kedua membaca surat Al-Muzammil.
Hari Pertama.
Empat rokaat, pada masing-masing rokaat setelah membaca surat Al-Fatihah membaca surat An-Nasr 7 kali.
Malam Ketiga.
20 Rokaat dengan metode setiap dua rokaat salam. Setelah membaca surat Al-Fatihah (Untuk setiap rokaat) membaca surat Al-Qodr 10 kali setelah salam, kemudian membaca tasbih berikut ini sampai waktu subuh.
يَا عَظِيْمُ تَعَظَّمْتَ بِاْلعَظَمَةِ وَالعَظَمَةُ فِى عَظَمَتِكَ يَا عَظِيْمُ
Begitu juga pada malam tanggal 21,  dan pada tanggal 27 di sunnahkan mengerjakan shalat delapan raka’at dengan empat salam. Pada setiap raka’atnya setelah Al-Fatihah membaca surat Ad-Dhuha satu kali. Dan disunnahkan selama sebulan penuh membaca tasbih ”  [1] ” سُبُّوْحٌ قُدُّوْسٌ

Keistimewaan beserta Amalan di Bulan Jumadil Awal 4.5 5 Unknown Senin, 09 Mei 2016 Jamadil Awal (جمادي الأول) Jumadilawal atau Jamadil Awal adalah bulan ke-5 di dalam kalendar dan Takwim Hijrah. Ada lima bulan yang namanya...


Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Diberdayakan oleh Blogger.
J-Theme