Para nabi merupakan orang yang diberi wahyu (ajaran Islam yang
mengandungi peraturan tertentu) oleh Allah S.W.T sebagai panduan hidup dirinya
sendiri manakala Rasul pula adalah nabi yang diperintahkan oleh Allah S.W.T
untuk menyampaikan wahyu tersebut kepada manusia sejagat pada zamannya.
Rasul
dan nabi terakhir ialah Nabi Muhammad S.A.W yang ditugaskan untuk menyampaikan
Islam dan peraturan yang khusus kepada manusia di zaman baginda sehingga hari
kiamat. Selepas kewafatan baginda, tugasnya itu disambung oleh orang Islam yang
menjadi pengikutnya. Sebagai seorang Islam,kita perlu patuh kepada Iman Rukun
Iman yang kedua iaitu percaya kepada para nabi dan para rasul.
Tidak
diketahui berapakah jumlah para nabi yang sebenar tetapi adalah dianggarkan
mereka berjumlah lebih kurang 100,000 orang dan manakala para rasul pula
dianggarkan berjumlah 300 orang. Walau bagaimanapun jumlah ini tidak dapat
dipastikan.
Jumlah para Nabi dan Rasul sangat banyak. Namun yang harus
diimani hanya 25 Rasul
sebagaimana yang dijelaskan di dalam Al-Quran. Mereka adalah :
01.Nabi Adam
a.s.
02.Nabi Idris a.s.
03.Nabi Nuh
a.s.
04.Nabi Hud a.s.
05.Nabi Salih
a.s.
06.Nabi Ibrahim a.s.
07.Nabi Luth a.s.
08.Nabi Ismail a.s.
09.Nabi Ishaq
a.s.
10.Nabi Ya’akub a.s.
11.Nabi Yusuf
a.s.
12.Nabi Ayub a.s.
13.Nabi Syu’aib
a.s.
14.Nabi Musa a.s.
15.Nabi Harun
a.s.
16.Nabi Zulkifli a.s.
17.Nabi Daud
a.s.
18.Nabi Sulaiman a.s.
19.Nabi Ilyas
a.s.
20.Nabi Ilyasa’ a.s.
21.Nabi Yunus
a.s.
22.Nabi Zakaria a.s.
23.Nabi Yahya
a.s
24.Nabi Isa a.s.
25.Nabi Muhammad s.a.w
Nabi yang mendapat julukan Ulul Azmi atau nabi/rasul yang
memiliki ketabahan yang luar biasa dalam menjalankan kenabiannya :
1. Nuh AS.
2. Ibrahim AS.
3. Musa AS.
4. Isa AS.
5. Muhammad SAW.
1. Nuh AS.
2. Ibrahim AS.
3. Musa AS.
4. Isa AS.
5. Muhammad SAW.
10 Nama Malaikat
Dalam ajaran Islam terdapat 10 nama Malaikat yang wajib
diketahui, yakni :
1. Malaikat Jibril, tugasnya Menyampaikan wahyu
2. Malaikat Mikail, tugasnya Menyebarkan rezeki
3. Malaikat Israfil, tugasnya Meniupkan Sangkakala
4. Malaikat Izrail, tugasnya Mencabut nyawa Makhluk hidup
5. Malaikat Raqib, tugasnya Mencatat amal kebaikan manusia
6. Malaikat Atid, tugasnya Mencatat amal keburukan manusia
7. Malaikat Munkar, tugasnya Menanyakan mayat di alam kubur
( Barzah )
8. Malaikat Nakir, tugasnya Menanyakan mayat di alam kubur (
Barzah )
9. Malaikat Malik, tugasnya Menjaga pintu neraka
10. Malaikat Ridwan, tugasnya Menjaga pintu Syurga
Tidak ada komentar:
Posting Komentar